PENYAKIT SENGUGUT


Waktu yang paling dibenci oleh setiap wanita ialah ketika menghampiri kitar haidnya. Simptom seperti mudah marah, sensitif, sakit pinggang, sakit payudara dan lain-lain lagi benar-benar mencabar diri. Perkara sebegini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan kita tetapi prestasi kerja, prestasi belajar dan juga hubungan kita dengan orang yang rapat dengan kita. Ubat tahan sakit farmasi penuh dengan bahan kimia dan ada kesan sampingan. Produk ini membantu wanita mengharungi saat-saat mencabar secara semulajadi dengan lebih selesa 

FAKTA MENGENAI SENGGUGUT…..Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja. 

Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit. 

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya: 

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah: 

Ketidakseimbangan Bahan Kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya. 

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh: 

  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. 

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat 

Salam..

Saya mahu berkongsi keberkesanan herba Paramaria Plus keluaran HPA yang berkesan mengatasi masalah period saya sebelum ini. Jika sebelum ini period tak tetap, senggugut jugak kadang2, saya pernah ambik ubat doktor untuk turunkan period, namun saya tak suka bergantung dengan ubat doktor sahaja. Kdg2 saya biarkan sahaja 2-3 bulan tanpa period, sehinggalah saya mengambil herba Paramaria Plus. Dengan tawakkal kepada Allah, saya ambil herba ini mengikut aturan iaitu 1 biji pagi, dan 2 biji malam. Hari kedua, saya dah mula rasa sesuatu, petangnya saya period!!!

Saya terkejut sangat sehingga saya call pengedar ubat herba ini dan beritahu yg saya baru sehari makan dah turun darah period. Sekarang dah bulan ke enam period lancar sahaja, tanpa senggugut. Untuk pengetahuan juga, selama 6 bulan ini saya hanya mengambil 3 biji pada hari pertama sahaja!! Paramaria Plus saya duk terperap dlm almari sebab period saya dah lancar!! Alhamdulillah.

Selepas itu saya mula beritahu rakan2 yg ada masalah period tak tetap, dan saya juga jadi ahli HPA. Saya gembira apabila kawan2 juga ramai yang berjaya atasi masalah period mereka. Saya bukan nak berniaga, cuma nak menolong sesama kaum wanita, sebab kalau nak berniaga pun, untung sikit je sebab harga Paramaria Plus ni murah je, RM20 je sebotol, mengandungi 75 kapsul.


RM2o ahli dan RM24 Bukan Ahli per botol
Dari Herbalis Hpa . Perubatan Jawi Shamsuddin Dari Langkawi
Tel: 017 579 5850..
e-mel: kelakar1@gmail.com

Kirim komen atau tinggalkan jejak balik: URL Jejak Balik.

Komentar

  • nurr  On April 10, 2011 at 3:36 am

    herba ni ada ksn sampingan x? Sy nk hlg kn sngugut,ttpkn period untk mdh hamil jgk

    • herbalis  On April 10, 2011 at 11:27 am

      Alhamdulilah setakat in belum ada .Dan kesemua Ubatan Herba Hpa ada kelulusan Kementerian kesihatan..|
      InsyAllah

  • Abby  On Jun 3, 2011 at 10:12 am

    saya selalu mengalami segugut adakalanya saya akan mudah pengsan… Apakah ubat yang perlu saya ambil?????

  • herbalis  On Jun 12, 2011 at 12:50 am

    Saudari Abby saya cuba membalas e-mel anda malangnya e-mel saya di tendang kembali mungkin anda tersalah menulis add anda..terimakasih..

  • fizah  On Julai 11, 2011 at 1:37 pm

    assalamualaikum saya baru pernah mengambil ubat ubatan dri hpa ni. tapi sejak 4 hari ini saya selalu mengalami pening kepala. saya baru mencuba paramaria plus , senggugut dan rosselle..saya mengambil kesemua tiga produk ini sebab saya mengalami senggugut.apakah yg patut saya lakukan?

    • herbalis  On Julai 17, 2011 at 6:11 am

      anda kekurangan air.didalam badan..kebanyakkan herba bersifat duretik(banykkan kencing).sekurang-kurangnya minum 3liter air sehari .Terimakasih

  • isha  On September 30, 2011 at 2:40 am

    salam….
    sy nak tanya lah…klu mkn produk ni ada tak kesan smpingan yg laen…sy dah agak lama tak dtg period…tp klu dtg selalu sakit sgt smpi tak boleh nak bangun…sy ke klinik pakar tp doktor bgth tu ada lah perkara normal…untuk pengetahuan pihak tuan,dr awl period sy memg selalu mcm tu..tp bile dah keje ni lg teruk period yg tak teratur…kdg2 smpi 5 bulan tdk mengalami period…hrp pihak tuan boleh tolong menyelesaikan masalah sy…takut bile sy dah kahwin nt susah nak dpt anak….tu member2 sy selalu bgtahu lah…klu period tak teratur kemungkinan agak sukar untuk hamil….

  • tima  On Mei 8, 2012 at 7:07 am

    salam..
    saya dh lama tahan sakit segugut..
    setiap kli period mmg sakit perut yg teruk…
    kadang pening kepala,xlrt nk gi keja n muntah…
    bila sakit jew telan ubat tahan sakit….
    rasa2nye herba nie blh tlg saya tak….?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: