Sepasang suami Isteri yang sudah berkahwin sebelas tahun dan mempunyai seorang anak lelaki.Mereka saling mencintai satu sama lain dan anak itu adalah permata hati mereka. Ketika anak itu berusia dua tahun, suatu pagi suami melihat satu botol ubat terbuka. Dia terlambat untuk tempat kerja lalu dia meminta istrinya untuk menutup botol dan menyimpannya di dalam peti . Isterinya, terlalu sibuk di dapur sama sekali mengabaikan hal tersebut.
Anak mereka melihat botol itu dan bermain-main dan ke botolitu lalu tertarik dengan warna dan meminumnya habis. Ubat itu boleh menjadi racun untuk orang dewasa dalam dos kecil. Ketika anak itu rebah dan mulut berbuih lalu ibu nya membawa ke Hospital . Dia meninggal. Sang ibu terpegun. Dia sangat ketakutan bagaimana
dia akan menghadapi suaminya. Ketika si ayah datang ke wad emergency hospital dan melihat anak yang telah mati, ia memandang isterinya dan mengucapkan beberapa perkataan.???
SOALAN:
1. Apa yang di sebut oleh sang Suami tersebut?
2. Apa implikasi dari cerita ini?
JAWAPAN:??/
Komentar
dia akan berkata innalillahi wa inna ilaihi rajiun..bersabarlah sayangku,pastinya anak kita menunggu kita di syurga,usah salahkan kesilapan kita, kerna bukan kita yang merangcang semua ini…yakin dengan taqdir Allah
Apa yang telah berlaku telahpun berlaku tidak boleh berpatah balik..teruskan kehidupan ini dengan penuh rasa kehambaan..kita tawakkal dan usaha lagi, mungkin Allah akan mengurniakan kepada kita mutiara hati lagi, jgn bimbg sayang..redhalah dengan segala ketentuannya..namun ingat juga bahawa segala ujian itu, adalah jua untuk peringatan jd selepas ini kita perlu sentiasa berusaha prihatin pada keadaan persekitaran..insyaAllah,biarlah setahap mana pun kepedihan yang kita alami, kita usaha lebih kuatkan tahap kecintaan pada Allah yang mencipta kita dan segala mcm makhluk di muka bumi ini.. pastinya sayangku Allah akan mengangkat martabat buat mereka yang terus sabar dan yakin dengan janji Allah…