Tekanan Darah


Tekanan darah. adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutanJantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada Tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah  anda yang sebenar.
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut – 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Klasifikasi

Klasifikasi Tekanan Darah Pada Dewasa menurut JNC VII
Kategori Tekanan Darah Sistolik Tekanan Darah Diastolik
Normal < 120 mmHg (dan) < 80 mmHg
Pre-hipertensi 120-139 mmHg (atau) 80-89 mmHg
Stadium 1 140-159 mmHg (atau) 90-99 mmHg
Stadium 2 >= 160 mmHg (atau) >= 100 mmHg

Pada hipertensi sistolik terisolasi, tekanan sistolik mencapai 140 mmHg atau lebih, tetapi tekanan diastolik kurang dari 90 mmHg dan tekanan diastolik masih dalam kisaran normal. Hipertensi ini sering ditemukan pada usia lanjut.

Sejalan dengan bertambahnya usia, hampir setiap orang mengalami kenaikan tekanan darah; tekanan sistolik terus meningkat sampai usia 80 tahun dan tekanan diastolik terus meningkat sampai usia 55-60 tahun, kemudian berkurang secara perlahan atau bahkan menurun drastis.

Dalam pasien dengan diabetes mellitus  atau penyakit ginjal, penelitian telah menunjukkan bahwa tekanan darah di atas 130/80 mmHg harus dianggap sebagai faktor risiko dan sebaiknya diberikan perawatan.

Peringkat – peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi yang Sungguh Menyedihkan!

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.
Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk:-
Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang
Peringkat Ke-3: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama
Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas nafsu seks anda
Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain
Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.
Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur
Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau… Buta!
Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.
Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir?
Strok & Serangan Sakit Jantung

Peringkat perkembangan Tekanan Darah Tinggi memang boleh dijangka! Selepas anda ketahui Punca Sebenarnya… Anda akan faham bagaimana semua itu terjadi.
Jika perkembangan tekanan darah tinggi ini boleh dijangka, maksudnya memang terdapat satu Akar Umbi yang boleh dikenalpasti dan dimusnahkan.
Semakin Awal Anda Mengambil Tindakan, Semakin Cepat Ia Disembuhkan. Jangan Tangguhkan Sampai Peringkat Yang Terakhir, Masa Itu Memang Terlambat Sudah…

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?
Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUA keadaan perlu wujud:
1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) – Kolesterol Jahat (Lemak)
 Pembentukan plak-plak tersebut adalah berpunca daripada proses pengoksidaan kolesterol yang meresap masuk kedalam dinding saluran darah. Video animasi berikut menerangkan proses tersebut dan bagaimana ia boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
Kini anda sudah dapat satu gambaran yang jelas mengenai cara pembentukan plak-plak yang menyebabkan masalah tekanan darah tinggi dan pemecahan plak yang menyebabkan serangan sakit jantung.
Elakkan daripada mengambil makanan berkolesterol tinggi tidak boleh menghilangkan plak-plak yang telah terbentuk. Tambahan lagi, badan anda sendiri tetap akan menghasilkan kolesterol LDL walaupun anda menjadi 100% vegetarian.
Usah risau, berita bagus adalah kini anda boleh “reverse” atau songsangkan proses pembentukan plak-plak tersebut! Sekarang kita sudah tahu bahawa masalah ini berpunca daripada DUA Faktor, iaitu:
1.) Agen Pengoksidaan, dan
2.) Kolesterol LDL (Lemak Jahat)
Jadi, dengan fokus pada melawan kedua-dua faktor ini dalam badan, bukan sahaja anda boleh mengelakkan plak-plak baru daripada terbentuk, malah plak-plak lama yang telah terbentuk turut boleh “dilarutkan” dan akhirnya mengembalikan keadaan semulajaid saluran darah yang sihat anda
penerangan ini saya kumpul dari petikan beberapa sumber.jadi saya tidak katakan ianya 100% benar anda boleh ambil sebagai rujukan sahaja..Selebihnya anda perlu menilai sendiri..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.