Appendiks


Ulasan bekas pesakit Appendiks
pinggang sebelah kanan – antara pusat dan tengah hujung peha (ntah apa nama tulangnya – tapi kat tempat bercantum kaki dengan pinggang tu)… kalau ditekan sakit – confirm appendix.

stage 1 – tak lawas buang air kecil…
lepas beberapa bulan
stage 2 – selalu sakit bahagian pinggan kanan dan kekadang kejang di peha kanan
lepas beberapa minggu
stage 3 – sakit perut, diselangi rasa mual nak muntah dan kejang di peha kanan
lepas beberapa hari
stage 4 – dah pecah …. boleh bawak maut.

so, bawak2lah operate, sekarang byk cara moden, masa operate, kita kena bius, tak sedar, jahit pun kat dlm, so tak der lah rasa pedih (cuma sakit dlm ajerlah)

hari pertama kena operate – jgn malas2 – cuba bawak2 berjalan utk stabilkan diri, pastikan ada yg teman di bilik utk bantu bangun dari katil

hari kedua – dah ok – dapi makan kena jaga – carilah luxor gamat atau apa2 suplement yg
boleh kuatkan badan

hari ketiga – dah boleh jalan2

minggu ke-2 – dah boleh lompat2…

pegi klinik, bagitau doktor ada sintom, tapi masa check mungkin tak der… mintak jer doktor punya surat reference utk bawak pegi hospital. sampai hospital, dorang akan scan dulu nak confirm apendix atau tidak, dan kedudukan apendix t utk dorang buat operation.

Apa itu Apendiks?
Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum. Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks) 

Apa itu Radang Appendiks?
Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak

Apakah Penyebab Radang Apendiks?
Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.

Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?
Gejala:

* Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah apabila bergerak, batuk atau bersin.

Gejala Lain yang berkaitan

* Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
* Loya dan kadang-kala muntah
* Sembelit atau cirit-birit
* Kurang selera makan
* Abdomen membengkak

Tanda-Tanda:

* Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
* Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan

Ujian:

* Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
* Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing

Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak dan orang tua.

Apakah Bahayanya Radang Appendiks?
Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan cepat seperti:-

* Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh membawa maut.
* Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak

Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?
Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan

Sekadar mencuba Kesembuhan dari Allah Jua BiizzinAllah
 Dapatkan cuka palm honey..
Sila baca aturan makan kerana cuka boleh mereputkan gigi.(kalsium)
2.Makan epal hijau selama 6 pagi setiap hari sebelum makan sarapan dan pada hari yang ketujuh ambil minyak zaitun sesudu. diambil sebelum sarapan…InsyAllah..
 

Post a comment or leave a trackback: Trackback URL.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: