Fahami Herba(Pena Langkawi)


KULIAH HERBALOGI:
Pengunaan Herba telah diguna pakai untuk merawat penyakit di seluruh dunia.Ianya dikatakan lebih lama dari pengubatan Moden Oleh pihak Barat yang menggunakan kimia sintetik sebagai bahan Utama. sebagai seorang Herbalis pengubatan Jawi HPA adalah amat pentig memahami konsep pengubatan Herba secara menyeluruh sebelum ia menjadi seorang pejuang kepada pengubatan ini.
Apakah Yang Dikatakan Pengubatan Herba:
 Herba pada istilahnya “Ahli Botani” adalah tumbuhan kecil yang membiak melalui biji benih dan mempunyai batang yang lembut. Walaubagaimanapun dunia hari ini mengiktiraf tumbuhan herba boleh terdiri daripada pohon-pohon besar,renek,memanjat,bermusim,paku-pakis,lumut,alga,liken,fungi dan berbagai lagi…
Tumbuhan Herba ini biasanya mempunyai satu atau lebih bahan aktif yang boleh dijadikan Ubat.
PENGAMBILAN HERBA SEBAGAI MAKANAN:
Bolehlah dikatakan makanan yang di ambil bukan sekadar bagi mendapatakan tenaga dan menghilangkan kelaparan akantetapi berfungsi:
1-Memelihara Kesiahatan.
2-Merawat Penyakit.
3-Mencegah gangguan Kesihatan.
Makanan yang kita ambil saban hari pada masa kini dikhwatiri telh kehilangan daya untuk menjadai ubatan kerana banyak yang telah tercemar dalam proses penyediaan bahan asas,penyimpanan dan pengolahan. Bahan-Bahan kimia telah menjadi rantaian pembunuh didalam makanan hari ini sehingga kita benar-benar memerlukan makanan tambahan bagi mengimbangi hal ini.Pengambilan herba perlu diambil se alami mungkin tanpa zat tambahan.
Herba Paling Seimbang Dalam Keadaan Alami
Prinsip utama herbalogi ialah menggunakan bahan-bahan dari tumbuhan herba dalam bentuk semulajadi.Pengambilan bahan-bahan aktif tertentu (Pengektstrakan)sahaja untuk tujuan pengubatan boleh menyebabkan kesan sampingan serta tidak efektif disebabkan ketidakseimbangan kimia.
Herbalogi tidak menggunakan bahan Isolasi,bahan kimia sintetik atau ubat-ubatan dadah(drug).Keseimbangan dan kepelbagaian bahan kimia dalam tumbuh-tumbuhan (fitokimia) dalam bentuk semulajadi menghasilkan aktiviti yang luas di dalam tubuh. Ubatan Herba adalah terhasil daripada hasilan semulajadi dan ia lebih mudah diterima oleh sistem tubuh kita berbanding dengan dadah sintetik . Kepekatan bahan aktif tumbuhan adalah rendah dan menjadi semakin cair apabila persediaan ubatan dibuat dan kepekatan rendah ini boleh diterima oleh badan tanpa sebarang ketoksikan kecuali sesetengah tumbuhan yang sudah diketahui sangat toksik. Sebagai Contoh apabila terdapat 40 jenis bahan aktif didalam sesuatu Herba ia adalah lebih baikdi ambil dalam bentuk semulajadi berbanding pengekstrakan bahan aktif tersebut secara berasingan. Selain itu herba juga ditampilkan dalam bentuk sinergi untuk meningkatkan potensi ramuan tersebut.Herba memberikan pengubatan yang lembut dalam membantu penyembuhan..
4.KAEDAH MEMBANGUNKAN VITALFORSE…
Herbalogi menampilkan pendekatan holistik iaitu sesuatu bahagian yang tidak berfungsi menyebabkan ketidak seimbangan bahagian tubuh yang lain..
Sekiranya tubuh tidak mampu melakukan keseimbangan maka hal inilah yang akan menyebabkan timbulnya penyakit. Kekuatan penyembuhan yang terdapat di dalam diri manusia terdiri daripada faktor spiritual,emosi,mental dan fizikal.Tujuan pengambilan herba ialah unuk mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar untuk menghilangkan gejala penyakit(sympthomatic treatment).
Penawar yang di berikan berbeza bergantung kepada apa yang diperlukan untuk mendorong tubuh menjadi normal. Secara amnya herba merawat dengan membuang segala toksin yangterdapat di dalam badan untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan yang baik dan mencetuskan mekanisme ‘Self healing” .Meningkatkan Imuniti dan menguatkan Organ-Organ,Darah serta tisu-tisu agar tidak mudah di jangkiti penyakit..
5..PEMBAHAGIAN HERBA

Herba terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Asas:
-Herba Pahit.
-Herba Diuretik.
-Herba Aromatik.
-Herba Astrigen.
-Nutritive (Herba yang mempunyai nilai nutrisi)

6.FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SESUATU JENIS HERBA.
Tumbuhan dari famili yang sama mungkin mempunyai beberapa sebatian kimia yang serupa. Walaubagaimanapun setiap Herba tidak kira dari famili mana pun ia terdiri atau bahagian tumbuhan tertentu digunakan(akar,batang dan daun) mempunyai kandungan kimia yang tersendiri.Kandungan fitokimia dalam tumbuhan berubah bergantung kepada:
.MUSIM
. CUACA
. JENIS TANAH dan KESUBURAN
. JANGKA MASA SIANG HARI.
. FASA BULAN.

7.MEMETIK HERBA..
Jesteru masa optimum adalah diperlukan semasa mengambil herba-herba ini untuk memastikan kendungn bioaktifnya berada pada peras yang tinggi.Menurut displin ahli Perubatan Jawi waktu untuk memetik herba yang dicadangkan adalah seperti:
Bil…..                   Bahagian Tumbuhan                                        Masa Optimum untuk Memetik..
1                             Daun                                                          Sewaktu tanaman sedang berbunga dan sebelum buah masak.

2.                           Bunga                                                        Di Kumpulkan segera setelah bunga Mekar.

3                            Buah                                                           Di Petik dalam keadaan Tua…

4.                          Biji                                                               DiKumpulkan daripada buah yang masak sempurna…

5.                         Akar                                                            Di Kumpulkan sewaktu proses pertumbuhan. Berhenti

6.                        Ubi                                                               Di kumpulkan sewaktu proses pertumbuhan berhenti

8.KAJIAN TERHADAP BAHAN UBATAN BERBANDING DENGAN MASA.(PENENTUAN TAHAP KEMATANGAN CENTELLA ASIATICA BERDASARKAN SEBATIAN FITOKIMIA.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kandungan sebatian kimia tumbuhan adalah di pengaruhi oleh masa tanaman dipetik.Berikut merupakan contoh kajian saintifik yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Putra Malaysia..
Satu kajian telah dijalankan oleh Ong et al,(2002) dari Universiti Putra Malaysia adalah untuk mengetahui tahap kematangan Centella asiatica berdasarkan profail flavonoid dan jumlah sebatian fenolik yang terdapat di dalamnya.
Kandungan flavonoid ditentukan menggunakan fasa berbalik HPLC (high performance liquid cromatography) manakala jumlah sebatian fenolik di analisa menggunakan kaedah Folin-Ciocalteu.Kajian dijalankan terhadap daun,tangkai dan akar menggunakan C.asiatica yang berumur satu,dua dan tiga bulan dengan membandingkan kuantiti tujuh flavonoid. terpilih.Flavonoid-flavonoid ini termasuklah katecin, naringin,rutin,kuersetin,luteolin,
apigenin,dan kaempferol.
Keputusan menunjukkan bahagian daun mengandungi jumlah flavonoid dan sebatian fenolik yang paling tinggi manakala tangkai C.asiatica menunjukkan jumlah yang paling rendah bagi sebatian flavonoid dan sebatian fenolik yang di bandingkan.. Flavonoid major yang ditemui didalam daun C.Asiatica ialah katecin,naringin,rutin dan kuersetin. Kajian juga menunjukkan katecin merupakan flavonoid yang paling banyak di temui terutamanya dalam daun C.asiatica yang berumur 2 bulan(21599.5 ug/g berat  kering daun).Walau bagaimanapun amaun katecinini jatuh dengan mendadak pada bulan berikutnya. Berdasarkan kajian ini terdapat perbezaan yang di signifikan terhadap kandungan flavonoid dan jumlah sebatian fenolik yang terdapat di dalam C.asiatica yang berumur satu,dua dan tiga bulan. Penentuan tahap kematangan C.Asiatica berdasarkan perubahan sebatian flavonoid dan jumlah sebatian fenolik daripada tumbuhan yang berumur satu hingga tiga bulan adalah bersesuaian.Hal ini mencadangkan.tahap kematangan C.asiatica adalh pada umur dua bulan. Kehadiran flavonoid di dalam C.asiatica sangat penting dalamdiet seharian kita kerana ia telah di buktikan dapat bertindak sebagai antioksidan yang baik. Ia mempunyai hubungan untuk mengurangkan risiko kanser dan meningkatkan secara menyeluruh tahap kesihatan kardiovaskular….

pokok Akar Seruntun // Pokok Patawali

Pokok Hempedu Bumi….
9.BAGAIMANA HERBA BEKERJA..           Perubatan Jawi Herba tempatan….

..Herba secara keseluruhannya mengandungi bahan nutrisi dalam jumlah yang sangat seimbang yang tersedia secara semulajadi.
..Herba mengandungi bahan antidot untuk sesetengah penyakit pada manusia
    Herbalis Shamsuddin dari Langkawi
..Herba bertindak sebagai katalis dalam kebanyakkan kes. Herba yang Di ambil mungkin tidak mengandungi vitamin dan mineral yang tertentu yang di perlukan oleh tubuh tetapi dengan pengambilan herba ia menyediakan satu medium yang boleh membantu membina (generate) Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

..Herba dapat membantu keadaan ii dengan mengaktifkan proses asimilasi dan metabolisma didalam tubuh dan seterusnya menjadikan tubuh berkeupayaan menggunakan Vitamin yang hadir didalam makanan berbanding seorang tersebut terpaksa mengambil vitamin tambahan dalam jumlah yang banyak.
..Herba kaya dengan Mineral,terutamanya mineral Surih. Makanan hari ini mengalami kehilangan bahan mineral kerana teknik penanaman modenkini banyak menggunakan baja kimia. sekiranya tubuh kita kekurangan mineral penting tertentu vitamin yang di ambil tidak dapat diserap dan digunakan oleh tubuh..
Pengambilan herba akan menghasilkan kesan yang optimum sekiranya diambil bersama diet makanan semulajadi yang sihat…

10. SINERGI

Kebanyakkan herbalis bersetuju secara umumnya herba memberi kesan yang lebih baik apabila di kombinasi dengan herba lain..Dalam sesetengah kes herba boleh bertindak sehingga 13kali lebih baik apabila di gunakan dalam kombinasi yang sesuai.. Selain daripada itu ia juga akan bertindak untuk:
..Mempercepatkan penyembuhan..
..Mengurangkan kekerasan Ubat.
..Melenyapkan kesan Sampingan..

11. PERANAN HERBA DALAM SINERGI
..Sinergi herba mempunyai faktor yang dapat menaktifkan beberapa proses tubuh yang melibatkan organ-organ tubuh yang berlainan:
Contoh:
Penyakit arthritis memerlukan formula ubat yang mengandungi herba untuk..:
i.   Hati
ii. Ginjal
iii.Limpa dll.
    Oleh sebab itu sinergi akan meluaskan spectrum pengubatan untuk organ yang terlibat..
Sesetengah herba bekerja secara efektif untuk melawan penyakit yang berada di tahap awal: ada herba yang bekerja pada tahap yang lewat. Kombinasi herba-herba ini di dalam satu kapsul akan dapat memastikan bahawa semua keperluan ini dapat di penuhi..
   i……Dua orang pesakit mungkin tidak mendapat reaksi yang sama apabila menggunakan herba yang sama . Dengan meningkatkan jumlah bahanaktif melalui sinergi herba. Kesan yang lebih baik mungkin dapat di perolehi..
   ii ….Terdapat beberapa kes tertentu herba tidak dapat digunakan secara tungal.Sebagai contoh herba SENNA tidak Boleh digunakan secara tunggal kerana ia bersifat laxatif dan boleh menyebabkan cirit-birit dan seterusnya menghilangkan kebolehan peristaltik Usus.. Herba lain perlu di gunakan bersama herba ini bagi menghilangkan kekerasan Ubat..
12..PENGUBATAN HERBA PILIHAN UTAMA..
    ….Bila-bila pun kita perlu meletakkan pengubatan herba menjadi pilihan utama bukannya ubatan kimia.Seorang herbalis akan bergelut dengan mengerahkan tenaganya bagi mencari penawar yang paling sesuai dengan tubuh pesakit. Bagi kes-kes kronik(menahun) kita mudah untuk menyakinkan pesakit kepada pengubatan herba tetapi bagi kes akut(cepat) pengubatan kimia boleh dijadikan pelengkap kepada pengubatan ini.
13.PENGAMALAN BERTERUSAN
     Herba hendaklah dijadikan makanan harian seperti pengambilan multivitamin pada hari ini.Kerana tubuh yang mempunyai kod rahsia tidak akan melakukan penolakkan pertama apabila diberikan herba semasa diserang dengan sesuatu penyakit.Pengambilan hanya pada masa sakit sahaja bukanlah inti pengubatan Herba tetapi diambil dari pengubatan barat yang bersifat penahan sakit…
Walaupun sakit telah sembuh namun pengambilan herba perlu diteruskan bagi mengelakkan serangan kali kedua..
14.. PEMILIHAN HERBA PADA BEBERAPA TAHAP UMUR MANUSIA:
       Pemberian Herba juga mengikut tahap umur..
i….Kanak-Kanak———Herba Manis
ii…Remaja—————-Herba Astringent
iii..Dewasa—————-Herba Aromatik.
iv..Veteran—————Herba Pahit.

15..MEMAHAMI KONSEP 4 R-RELEASE, RELAX, REPAIR, REFUNCTION.
16..MEMAHAMI PERANAN HERBA DALAM MEMPENGERAHUI IMUNITI.
      i…Asidosis                         ii..Alkalosis.
           HERBA PAHIT
* Di Gunakan untuk mencuci dan menguatkan Hati . Selain itu herba Pahit atau kelat juga bertindak merangsang pengeluaran Jus perut dan selera makan
   Contoh-Contoh herba Pahit ialah:
–Pegaga
–Mambu
–Halban
–Patawali (akar seruntun)
–Hempedu Bumi
–Petai
–Tongkat Ali
–Jering..
*CONTOH MAMBU
—-i.Melindungi hati daraipada bahan kimia toksik..
—-ii.Mengeluarkan toksik yang sedia ada di dalam sel hati.
—-iii.Antibakteria,Antivirus dan antifungi..
—-iv.Jerawat,Cacar,Psoriasis,ekzema dan Ruam…
*Sebatian Kimia yang bersifat pahit di dalam pegaga di kenali sebagai Vellarin manakala sebatian furanoditerpena andrografolida pula memeberi rasa pahit di dalam Hempedu Bumi..#Hati merupakan Organ yang Pahit-Alkali (basa)
#Maka darah Dalam Limfa yang melalui hati menjadi Alkali.
#Darah di dalam tubuh yang sihat mempunyai pH 7.34
#Seseorang yang sakit mempunyai darah yang agak berasid (asidosis)
#Darah yang berasid boleh merosakkan Organ.
#Hati mencuci dan menjadikan darah sedikit beralkali.Hati meneutralkan racun dengan menjadikkannya beralkali dan memusnahkannya melalui Hempedu.
#Ia bertindak dengan menghilangkan asid dan toksik larut lemak di dalam darah.Hempedu bertindak sebagai pengemulasi (bahan berminak ditukarkan kepada bahan larut air).
#Ia bertindak menjadikan toksin tersebut lebih larut air seterusnya dapat dikeluarkan melalui urin.
#Kegunaan herba Pahit adalha disebabkan kehadiran sebatian kimia seperti fenol.fenolik glikosid.alkaloid atau saponin.
#Herba Pahit dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:
–Herba laxatif
–Herba diuretik
–Herba saponin
–Herba alkaloid.
PRODUK HPA YANG MENGANDUNGI HERBA PAHIT;;

HERBA PAHIT DAN KAITANNYA DENGAN HATI::

* Teh Herba
*Vitex
*Imuniti
*D’Tork
*Radix
*Kopi Radix
*Coscinium

  1. HERBA DIURETIK
    Herba diuretik bertindak sebagai
    *Anti Hipertensi-Untuk Menurunkan tekanan Darah Tinggi.
    *Antipiretik-Untuk menbuang panas badan.
    *Antiinflamantori-Untuk peradangan sendi,Gout.
    *Boleh memecahkan Batu Karang.
    *Contoh-Contoh herba diuretik ialah:
    –Pegaga.
    –Tapak Liman
    –Lalang
    –Patawali
    –Mempelas
    –Bayam duri.
    –Petai.
    –Jering.
    –Belimbing
    –Kopi
    Produk HPA yang mengandungi Herba Diuretik
    *Malac
    *Teh Herba
    *Pelawas
    *D’Karm
    *Kopi Radix
    *Stoma-K
    Herba Diuretik Biasanya mempunyai ciri-ciri berikut.
    –Tumbuh Menjalar.
    –Daun Urat Selari.
    –Tumbuhan Berduri.
    –Mempunyai Umbisi/rempang.
    HERBA AROMATIK:
     Minyak
    Pati atau Minyak asiri adalah terdiri daripada campuran wangi-wangian dan sebatian meruap. Bahagian tumbuhan yang berlainan boleh menghasilkan minyak pati yang berlainan juga turut mempengaruhi komposisi sebatian kimiyang terdapat didalam pati tersebut.
    Hal ini adalah kerana tidak semua kompenen yang sama dapat dikeluarkan bagi setiap cara pemprosesan atau kemungkinan sesuatu sebatian boleh berubah semasa pemprosesan minyak pati dijalankan. Antara kaedah pemprosesan untuk mendapatkan minyak pati ialah:
    *Kaedah Penyulingan.
    *Kaedah penyulingan stim 
    *Kaedah Pembauran/Penyemburan Air (Hydro Diffusion)
    *Pengektrakan Menggunakan Pelarut.
    *Expression.
    Terdapat pelbagai kegunaan bagi MInyak Pati Antaranya:
    *Bahan Wangian.
    *Bahan Perisa
    *Ubat-Ubatan
    *membangkitkan Mood.
    AROMATERAPI YANG DIJALANKAN MENGGUNAKAN MINYAK PATI ADALAH.
    *Untuk kelegaan /menengkan .
  2. *Untuk mententeramkan.
    *Untuk Kesembuhan.
    Daripada kajian yang dijalankan mendapati minyak pati wintergreen yang diperolehi daripada Gaultheria SPP. Mempunyai metil salicylate yang lebih banyak daripada poko hidupnya.Ini adalah kerana selepas pengektrakan,Minyak pati yang diperolehi daripada tumbuhan ini akan difermentasikan untuk beberapa lama,dan semasa proses tersebut enzim yang terdapat didalamnnya akan menukarkan precursor kepada metil salicylate.
    Herba Aromatik yang mengandungi minyak pati/minyak asiri memberikan kesan rangsangan supaya keadaan di perut tidak terlalu berasid.Keadaan yang berasid ini akan menyebabkan keadaan pedih di kawasan ulu hati atau di kenali sebagai heartburn’.Selain Itu ia juga bertindak menghilangkan Ulser Perut.
  3. HERBA Aromatik terbahagi kepada 2 kategori iaitu:
    **Herba Stimulant (Perangsang)
    **Herba Saraf.
    Herba Stimulant biasanya dijadikan teh dan berkesan untuk Merawat:
    **Sistem Pernafasan
    **Sistem Penghazaman
    **Sistem Peredaran Darah
    Herba Saraf Pula di gunakan untuk Merawat:
    **Sistem Pernafasan
    **Sitem Penghazaman
    **Sistem Peredaran Darah
    **Sistem Saraf..
  4. CONTOH-CONTOH HERBA AROMATIK:
    **Teja Lawang
    **Lada Hitam
    **Halia
    **Kulit Kayu Manis
    **Serai Wangi
    **Buah-Buahan Citrus
    **Pokok Kayu Putih
    **Pokok Tea Tree.

    @SELAIN ITU MINYAK PATI JUGA MENJADI SUMBER BAGI SEBATIAN UNTUK KEGUNAAN YANG SPESIFIK :
    CONTOHNYA.
    *Linalool iaitu suatu sebatian yang paling banyak ditemui di dalam minyak pati merupakan sumber penting untuk menghasilkan Vitamin E>
    *Citral iaitu kompenen penting di dalam beberapa minyak pati telah lama digunakan untuk menghasilkan Vitamin A.
    PRODUK HPA YANG MENGANDUNGI HERBA AROMTIK IALAH.
  5. *Herba Tuju Angin
    *D’Karm
    *Morinda
    *Radix
    *Kopi Radix
    *ParaMaria Plus.

    HERBA KELAT
    Herba Kelat mempunyai sebatian aktifnya yang dikenali sebagai Tanin.Tanin Digunakan untuk mengecutkan tisu badan kepada keadaan normal.
    Contoh-Contoh Herba Kelat.
    *Pokok Larak
    *Tengkuk Biawak
    *Akar sekecut
    *Daun Jambu
    *Halban
    *Sepang
    *Mengkudu
  6. PRODUK-PRODUK HPA YANG MENGANDUNGI HERBA KELAT IALAH:
    *Lohard
    *Ficus
    *Vitex
    *Coscinium Plus
    *Pramaria Plus
    *Herba Keputihan
    *Plantisol
    *Ardisia
    *Mengkudu
  7. SIFAT HERBA DAN PENGARUH MASA
    Empat sifat herba ialah Sejuk.Panas,Kering dan Lembab.Manakala herba pula mempunyai rasa seperti Pedas,Manis, Masam,Pahit,Masin dan tiada Rasa.Setiap Herba mempunyai peranan tersendiri bergantung pada rasanya.
    **Rasa Pahit -Menghilangkan panas dan Lembab.
    **Rasa Pedas-Herba yang bersifat merangsangkan.
    **Rasa Manis–Bersifat penyejuk dan menguatkan.
    **Rasa masam–Sebagai pengelat dan  Pengawet
    **Rasa Masin–Sebagai pelembut dan Pelawas
    **Tiada Rasa-Bersifat Diuretik
  8. PENENTUAN PENYAKIT SESEORANG SAMA ADA DARIPADA UNSUR PANAS ATAU SEJUK ADALAH BERDASARKAN SIMPTOM PADA PESAKIT.

Simptom Panas Dan Kering   
 

 

Demam
Haus
Air Kencing Kuning Pekat
Lidah Merah
Nadi Berdenyut Cepat

SIMPTOM SEJUK DAN LEMBAP….
 

 

Pesakit Merasa takut pada kesejukan
Sejuk Pada Tangan dan Kaki
Air Kencing Jernih.
Lidah Pucat.
Nadi Berdenyut Lambat.

HERBA-HERBA DIURETIK..
1.Kangkung————————-Ipomea Aquatica.
2.Bunga Raya———————-Hibiscus Rosa-Sinensis.
3.Pegaga—————————-Centella Asiatica.
4.Tapak Liman———————Elephantopus Scaber.
5.Mengkudu————————Morinda Citrifolia..
6.Daun Sekentut——————-Paederia Scandens.
7.Buluh (akar)———————Bambusa Sp.
8.Bawang Merah——————Allium cepa.
9.Bawang Putih——————-Allium Salirum.
10.Bayam Duri——————-Amaranthus Spinosus.
11.Gandarusa——————–Justicia Gendarusa.
12.Jagung————————Zea Mays..
13.Air Kelapa——————-Cocos Nucifera.
14.Remunggai(Kelor)———Moringa Oleifera.
15.Mentimun——————-Cucumis Satirus.
16.Misai Kucing—————Orthosiphon Aristatus.
17.Labu————————-Lagenaria Leucantha.
18.Lada————————-Piper Nigrum.
19.Lemuni Hitam————-Vitex Trifolia (daun)
20.Dukung Anak————–Phyllantus Niruri.
21.Nenas———————–Ananas Comosus.
22.Padi————————-Oryza Sativa.
23.Tongkat Ali—————-Eurycoma Longifolia
24.Betik———————–Carica Papaya
25.Pinang——————–Areca Catechu(kulit/Sabut)
26.Selasih——————-Ocimum Basilium (biji)
27.Sireh———————Cymbopogan Nardus (akar)
28.Tebu———————Sacharum Officinarum.
29.Daun Sup.—————Apium Graveolens.
30.Kunyit——————-Curcuma Domestica.
31.Lempuyung————-Zingiber Aromaticum.

Komen-komen

  • rahimi  On April 12, 2011 at 5:57 am

    tahniah kerana berjaya mewujudkan blog herba yang sangat baik ! moga perkongsian ini mendapat manfaat daripada banyak pihak demi merealisasikan perubatan jawi

    • herbalis  On April 14, 2011 at 1:08 am

      Semoga penerangan Saya serba sedikit membantu anda memahami apa itu Herba.
      Ilmu ini dividennya saya akan tuntut diakhirat kelak..InsyAllah….
      sesungguhnya Orang yang beruntung ialah orang yang selalu mengingati Mati
      Orang hina iaitu apabila bersembahyang ia mencuri didalam sembahyang.
      Orang yang rugi apabila disebut nama S.A..W dia tidak berselawat keatas S.A.W
      Terimakasih…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: