Monthly Archives: Oktober 2010

ARTEROSKLEROSIS:


ARTEROSKLEROSIS:
PENYAKIT:
– Berlaku apabila ruang arteri menjadi sempit kerana penimbunan lemak pada dindingnya.
-Perjalanan darah ke organ lain tubuh akan menjadi tidak lancar.
JENIS-JENIS PENYAKIT
Proses arterosklerosis terjadi seiring mengikut usia seseorang.
Terjadi kesan dari penyakit lain seperti Darah tinggi , dan diabetes.
PUNCA FAKTOR :
*Pemakanan yang tidak mengikut cara pemakanan yang sihat
*Tiada aktiviti senaman.
TANDA-TANDA SIMPTOM
* Cepat Letih
* Anggota Tubuh Badan senantiasa Lemah.
KOMPILASI YANG BAKAL MENJANGKIT.
*Hypertension (darah tinggi)
*Strok.
*Jantung Tersumbat
*Lemah Jantung
*Buah Pinggang gagal berfungsi
*Sakit sendi-sendi anggota kaki
*Mata kabur dan rosak mata
Pada pandangan saya pengambilan kalsium khususnya untuk permasalahan ini boleh membawa parah.Ini kerana Kalsium yang di ambil sukar di serap tanpa bantuan beberapa vitamin dan mineral yang lain.Calsium mestilah diambil bersama magnesium dan Vitamin D.

Pengambilan kalsium yang tinggi juga menyekat penyerapan Zink.Oleh sebab itu sumber kalsium yang terbaik adalah daripada tumbuh-tumbuhan terutama pada tumbuh-tumbuhan. yang berakar tunjang.

Mari kita buat kajian siapakah yang lebih cepat terkesan antara pengguna calsium tablet dengan pengguna  Herba Tuju Angin Hpa,
Masalah kehausan tulang dan lendir tidak dapat diatasi dengan tablet kalsium. tetapi boleh diatasi dengan Herba Tuju Angin (HTA).
HTA mempunyai kalsium,magnesium dan zink dan pelbagai mineral lain yang ujud dalam bentuk mineral Surih..
RM20.00

boleh hubungi saya di 017-579850

Batu Karang Di Hempedu


Penyakit Batu Karang Dalam Hempedu

Cholelithiasis atau batu karang dalam pundi hempedu semakin menular dikalangan kita kerana pemakanan yang tidak seimbang. Faktor diabetes, masalah thyroid(hypothyroidism) dan jangkitan parasit juga menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Batu Karang Dalam Hempedu
1. Sakit/kembung dibahagian kanan perut
2. Rasa sakit bila ditekan pada tepi ulu hati
3. Rasa sakit di hempedu ketika menarik nafas
4. Rasa loya & muntah tanpa sebab
5. Badan rasa tidak bermaya
6. Kurang selera makan
7. Demam
* Tanda-tanda ini kerap berlaku selepas beberapa jam makan makanan berminyak

Kesan-Kesan Batu Karang Dalam Hempedu
1. Kerosakan Hati & Pankreas
2. Hepatitis B (demam kuning)
3. Kematian

Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu
Pembedahan membuang pundi hempedu
KOS PERUBATAN MODEN UNTUK PENYAKIT BATU KARANG DI HOSPITAL
Pembedahan Membuang Batu Karang (hempedu/ginjal) :
RM 4,000.00 – RM 10,000.00
Jika anda ingin membaca dalam bahasa Malaysia sila gunakan capaian google Translate.
selamat mencuba!!!!!!!!!
aturannya….. Copy kesemua tulisan berbahasa inggeris ini dan paste di terjemahan bahasa google.
selamat berjaya.
Give it a try !
No harm,if it doesn’t work …. but if it works – it’s dirt cheaper than surgery !

Subject: REMOVING GALLSTONES NATURALLY
Dear Friends,
I found the English written version!
This is a useful piece of information that  you may have received before. This is true and  it works. You can ‘google’ Dr Lai Chiu-Nan  to find out more about  her and the feedbacks of this treatment.

ps. as always, spread the good  things

Pictures first, explanation and  procedure follows:
1. Liver
2. Common  Bile Duct
3. Gallstones
4.  Gallbladder
 

REMOVING  GALLSTONES NATURALLY
by Dr Lai Chiu-Nan

It has worked for many. If it works for  you please pass on the good news. Chiu Nan is  not charging for it, so we should make it free  for everyone. Your reward is when someone,  through your word of mouth, benefits from the  regime. Gallstones may not be everyone’s  concern. But they should be because we all have  them. Moreover, gallstones may lead to cancer.  “Cancer is never the first illness,” Chiu Nan  points out. “Usually, there are a lot of other  problems leading to cancer.

In my  research in China , I came across some materials  which say that people with cancer usually have  stones. We all have gallstones. It’s a matter of  big or small, many or few.

One of the  symp tom s of gallstones is a feeling of  bloatedness after a heavy meal.. You feel like  you can’t digest the food. If it gets more  serious, you feel pain in the liver area.” So if  you think you have gallstones, Chiu Nan offers  the following method to remove them naturally.

The treatment is also good for those  with a weak liver, because the liver and  gallbladder are closely linked.

Regimen:
1. For the first five days, take four  glasses of apple juice every day. Or eat four or  five apples, whichever you prefer. Apple juice  softens the gallstones. During the five days,  eat normally.
2. On the sixth day, take no  dinner.
3. At 6 PM, take a teaspoon of Epsom  salt (magnesium sulphate) with a glass of warm  water.
4. At 8 PM, repeat the same.  Magnesium sulphate opens the gallbladder ducts.
5. At 10 PM, take half cup olive oil (or  sesame oil) with half cup fresh lemon juice. Mix  it well and drink it. The oil lubricates the  stones to ease their passage.
PS. 1cup=250ml, ? cup lemon juice=3  lemons (aprox.)

The next morning, you will  find green stones in your stools. “Usually they  float,” Chiu Nan notes. “You might want to count  them. I have had people who passes 40, 50 or up  to 100 stones. Very many.”

“Even if you  don’t have any symp tom s of gallstones, you  still might have some. It’s always good to give  your gall bladder a clean-up now and then.

PASS THIS AND YOU MAY HELP  OTHERS!
Cara mengubati mengikut buku Jawi Medical Herbs
Hasil testimoni Cik Hasmawati Abdul Razak..yang menghadapi masalah batu dalam Hempedu..
Penggunaan Herba seperti Berikut:
1.D’Deu-                   5 biji x 3kali sehari
2.Teh Herba-         3Uncang Sehari
3.Minyak Zaitun-5 biji x 3kali sehari.
Sinergi diatas juga didapati telah banyak menolong pesakit dalam menghancurkan batu dalam hempedu.
Bagi mereka yang menghadapi masalah ini bolehlah mencuba sebelum membuat pembedahan.
Perubatan berlaku selama 2 Bulan..dengan mengambil herba sepeti diatas.

PENYAKIT SENGUGUT


Waktu yang paling dibenci oleh setiap wanita ialah ketika menghampiri kitar haidnya. Simptom seperti mudah marah, sensitif, sakit pinggang, sakit payudara dan lain-lain lagi benar-benar mencabar diri. Perkara sebegini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan kita tetapi prestasi kerja, prestasi belajar dan juga hubungan kita dengan orang yang rapat dengan kita. Ubat tahan sakit farmasi penuh dengan bahan kimia dan ada kesan sampingan. Produk ini membantu wanita mengharungi saat-saat mencabar secara semulajadi dengan lebih selesa 

FAKTA MENGENAI SENGGUGUT…..Kamu mungkin pernah mengalami senggugut semasa period. Dan ia membuatkan kamu betul-betul tidak selesa. Ia biasa berlaku dan kebanyakan masanya bila ia berlaku kamu mungkin nak tinggal di rumah saja dan tidak mahu pergi ke sekolah atau kerja. 

Apa itu senggugut?
Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang kamu alami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali kamu period. Untuk sesetengah gadis, mereka mengalami senggugut yang teruk manakala yang lainnya, cuma kesakitan yang agak sederhana atau sedikit. 

Apa yang menyebabkan dismenorea?
Kamu mungkin mula mengalami senggugut sekitar 6 hingga 12 bulan selepas bermulanya period kamu yang pertama. Untuk sesetengah gadis lain, mereka mungkin mula mengalaminya apabila mereka berumur 20 atau 30. Kesakitan dismenorea ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Dismenorea mungkin menjadi disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya: 

Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula period pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang mendapat period pada umur 12 atau lebih awal dan mereka yang mempunyai period lebih lama lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer. Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor kamu mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh kamu semasa pemeriksaan. Sebab-sebab untuk dismenorea primer termasuklah: 

Ketidakseimbangan Bahan Kimia – Oleh kerana keseimbangan merupakan perkara utama dalam mengekalkan kesihatan, ketidakseimbangan sesetengah bahan kimia di dalam tubuh kamu boleh menyebabkan dismenorea. Bahan kimia yang menyebabkan kamu senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujung saraf kesakitan dalam tubuh kita.. Wanita yang mengalami dismenorea menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama period mereka. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
Genetik – Ada juga yang berkata gen mungkin memainkan peranan penting di sini. Sekiranya kamu mengalami senggugut , kakak, makcik atau ibu kamu mungkin turut sama mengalaminya. 

Dismenorea Sekunder
Dismenorea Sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar dua tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami dismenorea jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Dismenorea jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor. Dismenorea sekunder disebabkan oleh: 

  • Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
  • Jangkitan
  • Radang Rongga Pelvis
  • Endometriosis
  • Penyakit usus seperti apendisitis
  • Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio

Apa itu endometriosis?
Wanita yang menghidap endometriosis kadang-kadang mengalami dismenorea yang amat teruk. Ia boleh berlaku setiap kali mereka period. Endometriosis terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai uterus tumbuh dalam struktur lain pada tubuh. 

Mengapa ada wanita yang mengalami senggugut dan ada yang tidak?
Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan dismenorea. Ada faktor yang tidak dapat dielak seperti gen tetapi faktor lain seperti diet boleh diubah. Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat 

Salam..

Saya mahu berkongsi keberkesanan herba Paramaria Plus keluaran HPA yang berkesan mengatasi masalah period saya sebelum ini. Jika sebelum ini period tak tetap, senggugut jugak kadang2, saya pernah ambik ubat doktor untuk turunkan period, namun saya tak suka bergantung dengan ubat doktor sahaja. Kdg2 saya biarkan sahaja 2-3 bulan tanpa period, sehinggalah saya mengambil herba Paramaria Plus. Dengan tawakkal kepada Allah, saya ambil herba ini mengikut aturan iaitu 1 biji pagi, dan 2 biji malam. Hari kedua, saya dah mula rasa sesuatu, petangnya saya period!!!

Saya terkejut sangat sehingga saya call pengedar ubat herba ini dan beritahu yg saya baru sehari makan dah turun darah period. Sekarang dah bulan ke enam period lancar sahaja, tanpa senggugut. Untuk pengetahuan juga, selama 6 bulan ini saya hanya mengambil 3 biji pada hari pertama sahaja!! Paramaria Plus saya duk terperap dlm almari sebab period saya dah lancar!! Alhamdulillah.

Selepas itu saya mula beritahu rakan2 yg ada masalah period tak tetap, dan saya juga jadi ahli HPA. Saya gembira apabila kawan2 juga ramai yang berjaya atasi masalah period mereka. Saya bukan nak berniaga, cuma nak menolong sesama kaum wanita, sebab kalau nak berniaga pun, untung sikit je sebab harga Paramaria Plus ni murah je, RM20 je sebotol, mengandungi 75 kapsul.


RM2o ahli dan RM24 Bukan Ahli per botol
Dari Herbalis Hpa . Perubatan Jawi Shamsuddin Dari Langkawi
Tel: 017 579 5850..
e-mel: kelakar1@gmail.com

PENYAKIT BUASIR


PENYAKIT BUASIR

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).

PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.

Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :

· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.

Buasir merupakan benjelon yang berlaku di selaput lendir rektum ataupun pada kulit dubur. Masalah sembelit merupakan antara punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.

Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya masalah buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.
 buasirproduk hpa
Herbalis Shamsuddin .Perubatan Jawi . Al-Wahida..MLM Syariah HPA..
Tel:017 – 579 5850.
e-mel: kelakar1 @gmail.com

PENYAKIT GOUT (ARTHRITIS)


gout

1-Susu Kambing
2-Habbatus Sauda gel Bovine
3.Virgin Olive Oil Bovine
4-Virgin Coconut Oil (VCO)

SET UNTUK GOUT.
Apa sebenarnya penyakit gout?
Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk “kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan inflamasi. Gout selalunya menyerang se…ndi pada ibu jari kaki.

Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari makanan yang diambil.

Kadar normal asid urik dalam darah meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).

Dalam keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer), mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Ubat pain killer merosakkan buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat bengkak dalam menangani gout.

# Minum air masak dengan banyak terutama sekali sebelum masuk waktu tidur.
# Mengamalkan pemakanan yang sihat yang boleh mengatasi masalah ini dengan memberi imbangan paras mineral seperti kalsium, potassium, magnesium dan banyak lagi.
# Amalkan berbekam
# Biasakan meminum susu kambing kerana ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan. Kandungan acid berlebihan dalam badan bukan sahaja menyebabkan gout malah menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yang tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.
# Pengambilan minyak zaitun setiap hari adalah amalan yang disarankan.
# Makan Habbatus Sauda
# Mengambil minyak kelapa dara (VCO)

HUBUNGI SAYA -Stokis Al-Haddadmarketing Langkawi
017-579 5850

 

 

TEKANAN DARAH TINGGI


TEKANAN DARAH TINGGI..
PENGENALAN  (Herbalis shamsuddin & herbalis Rosmini dari Langkawi)
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.
 www.familiazam.com
Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.
Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.
 
TANDA-TANDA
Penyakit tekanan darah tinggi biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda awal,sebaliknya akan mendatangkan komplikasi.
 KOMPLIKASI
– Angin ahmar ( stroke ).
– Serangan jantung.
– Kegagalan jantung di mana pengepaman jantung menjadi lemah.
– Kegagalan buah pinggang.
 herbalis shamsuddin & herbalis Rosminiu
SEBAB
Sembilan puluh lima peratus kes terjadinya penyakit ini adalah tidak diketahui.Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit ini:
 

– Usia. Kebanyakkan arteri akan menjadi kaku bila usia meningkat di mana ini akan meningkatkan halangan aliran darah dan mengakibatkan tekanan lebih tinggi.
– Keturunan.
– Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
– Jantina. Lelaki lebih ramai menghidapinya berbanding wanita.
– Merokok.
– Pengambilan berlebihan alkohol, garam. Kegemukan, kurang senaman.
– Stres yang berlebihan.
– Diabetes.
– Penyakit buah pinggang.
– Penyakit adrenal.
– Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti ubat pencegah kehamilan. 

Ada Kajian menyebut Punca Sebenar Penyakit Darah Tinggi Di sebabkan oleh
Tidur yang tidak cukup dan tidak berkualiti..Jadi jagalah jadual tidur anda…
dari Herbalis Shamsuddin Langkawi….
Tel: 017-579 5850
E-mel: kelakar1@gmail.com
Ubatan Herba HPA yang disyorkan..

Ismail, Pengarah Urusan HPA

Vitex untuk darah tinggi

Salah satu produk HPA ialah vitex. Ia digunakan untuk ubat darah tinggi. Bahan utama dari produk ini ialah pokok patawali/seruntun-utara/brotowali – ind yang mengandungi satu bahan aktif dikenali sebagai palmatin. Dari kajian didapati palmatin bertindak menurunkan tekanan darah tinggi dan selamat digunakan.

Bagi mendapat keberkesanan yang lebih dicadangkan pengambilanya seperti dibawah:-

Vitex – 3 x 3
omega 3 – 3x 3
Teh herba – 1 hari 2 uncang/sachet
Vco – 2 x 3

Sinergi ini bukan sahaja menurunkan darah tinggi tetapi memberikan tenaga pada pesakit. Penggunaan lebih dari 3 bulan ,InsyaAlah boleh meninggalkan ubatan kimia(kena lihat bacaan darah dari masa kesemasa).
Harga RM 20.00 NM 8 Kos tidak termasuk penghantaran (+RM 6.00)Semananjung Sahaja.

KESAKITAN OTOT-OTOT DAN SENDI


SAKIT SENDI -SENDI OTOT
Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.
Osteoarthritis
Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang
    belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.
v Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan
    rawan.
Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan. 
Tanda-Tanda dan Gejala-gejala
v  Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
v  Kekakuan pada awal pagi.
v  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
v  Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
v  Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
v  Kelemahan dan kepenatan.
v  Demam bergred rendah.
v  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
v  Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.
Penting 
Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis.
 Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan
ardisia1.jpgProduk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit gout dan athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing.

Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah tinggi.

Ardisia juga dapat memulihkan serta menurunkan tekanan darah tinggi. Selain itu Ardisia juga dapat memulihkan pembekakan kelenjer prostat.

Sekiranya anda terasa sakit disendi-sendi dan bisa seluruh badan.
Jika anda mengalami keadaan begini sila ambil 3kapsul herba shark cartilage sebelum tidur malam.Apabila bangun pagi ambil 3 kapsul Grapessed bersama 3 kapsul Minyak zaitun softgel..Bersama Ardisia .. Bagi meggantikan susu untuk keperluan kalsium anda sila ambil Minuman soya.InsyAllah.
   
RM 70.00              RM38.00                   RM 32.00

Disapukan juga dibahagian yang sakit dengan Minyak But-But..InsyAllah
Anda harus ingat ini adalah sediaan Tradisisonal sila dapatkan rawatan dari Doktor sekiranya sakit berlarutan

Ulasan Herbalis Perubatan Jawi Shamsuddin Dari Langkawi
Tel: 017-579 5850….E-mel Kelakar1 @gmail.com

PARASIT DI DALAM TUBUH (CACING DI USUS)


BERCAKAP mengenai jangkitan parasit pada usus, walaupun tidak serius diperkatakan seperti beberapa dekad lalu, ia terus menjadi isu dalam kesihatan orang ramai.
Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, serangan cacing seperti cacing gelang dan cacing kerawit masih wujud.
Tegasnya, bukan sahaja kanak-kanak, ia turut menyerang orang dewasa terutama dalam kalangan mereka yang tinggal di kawasan setinggan dan perkampungan Orang Asli yang mempunyai masalah pembentungan dan saliran serta air bersih.
Menurut Norhayati, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
“Dengan adanya cacing tertentu di dalam tubuh seseorang, ia mengurangkan selera makan, mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, kehilangan makanan melalui cirit-birit dan muntah serta gangguan metabolisma.
Masalah jangkitan cacing bagaimanapun tidak terhad pada sejenis cacing sahaja. Jangkitan cacing lain yang sering berlaku adalah cacing gelang dan cacing cemeti.MESKIPUN saiz cacing kerawit kecil, kemampuannya untuk menjejaskan kesihatan tidak boleh dipandang ringan. Cacing kerawit misalnya, paling kerap menyebabkan kekurangan darah kerana ia boleh menghisap darah di dalam usus.
Justeru, masalah kurang darah yang kronik boleh mengganggu tumbesaran dan pembelajaran malah pada tahap lebih serius berupaya menyebabkan kegagalan jantung,” katanya.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendedahkan, jangkitan cacing gelang (ascaris lumbricoides) adalah yang paling kerap berlaku iaitu membabitkan 1.22 bilion jangkitan, cacing cemeti (triciuris trichiura) 795 juta jangkitan manakala cacing kerawit (amcylostoma duodenale, necator americanus dan ancylostoma ceylanicum) 740 juta jangkitan.
Daripada jumlah itu, 400 juta kes membabitkan kanak-kanak yang mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cergas, lemah daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran.
Serangan cacing di dalam usus ini juga antara penyebab utama sakit abdomen akut di kalangan kanak-kanak di kawasan endemik di negara tropika.NORHAYATI MOKTAR…infeksi usus dan cacing amat berkait rapat. 
Kajian status pemakanan di kalangan kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun mendapati pengambilan zat besi adalah rendah dan ia berkait dengan jangkitan cacing,â€‌ tambah Norhayati.
Di samping itu, cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, bukan sahaja terjadi pada kanak-kanak sekolah malah jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.
“Ia turut berkait rapat dengan masalah buta malam sekiranya kanak-kanak tersebut mengalami infeksi parasit usus,â€‌ maklum Norhayati.KEADAAN cacing gelang yang menyumbat saluran usus seorang pesakit.Norhayati berkata, larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.
“Sudah sampai masanya kita mengubah tanggapan bahawa cacing adalah masalah kecil.
“Tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh menyebabkan maut jika terjadi masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera,‌ tegas Norhayati. (herbalis hpa shamsuddin)
 cacing dalam usus

Buah terung asam ini dikatakan mampu mengatasi kecacingan didalam usus..

ASITES (BUSUNG)


ASITES (BUSUNG)
PENGENALAN:
*Sejenis penyakit di mana keadaan perut seseorang menjadi kembung atau buncit
PUNCA PENYAKIT:
*Masalah Kegagalan Jantung.
–Kegagalan jantung mengepam darah ke dalam tubuh menyebabkan air yang banyak terkumpul di dalam badan. Akibatnya ,perut atau kaki menjadi bengkak . Kemungkinan juga individu terbabit menghadapi darah tinggi, diabetes,injap rosak atau Virus ‘kardiomayopati’ yang menyukarkan mereka bernafas .Adakalanya muka kelihatan bengkak.
*Masalah hati (Hepar)
–Penyakit hepatitis B,C dan arak punca nya ‘sirosis’ atau masalah Hepar. Aapabila hati tidak fungsi ,badan jadi kuning, berat badan menurun , buah dada menjadi besar (lelaki),Kulit agak tipis dan lebam.Ia juga mengakibatkan pendarahan pada usus , bukan sahaja di sebabkan oleh ulser peptik malah masalah ‘Varisis’
*KEGAGALAN BUAH PINGGANG:
-Mengakibatkan air terkumpul di peritoneum dan bengkak pada kaki atau perut. Implikasinya seluruh badan kelihatan kekuningan, hilang selera makan ,gatal seluruh bdan, sukar bernafas serta pengeluaran air kencing berkurangan.
-Kanser di dalam perut atau abdomen.
– Kanser usus , Kanser hati,kanser peranakan (uterus) Kanser Ovari dan kanser paru-paru.
– Infeksi (jangkitan)TB di bahagian peritoneum.
-Kurang Protien didalam tubuh dan mengalami masalah penghadaman.
TANDA-TANDA:
* Keadaan seseorang mendapat asites itu berbeza -beza dari seorang individu dengan yang lain kerana ada yang mengambil masa agak lama serta ada yang mendapat secara tiba-tiba.
*Demam
*Hilang selera makan
*Berat badan menurun
*Malam terasa seperti demam
*Terdapat darah didalam najis
*Cirit-birit.
LANGKAH PENCEGAHAN:
*kAWALAN HEPATITIS B DENGAN MENDAPATKAN VAKSIN
*Mengurangkan tekanan darah tinggi
*Pembedahan terhadap buah pinggang atau jantung
* Ubat antibiotik untuk mengawal jangkitan kuman
*Hindari penagiha arak.
Oleh Herbalis Shamsuddin Dari Langkawi
Tel: 017-579 5850
e-mel : kelakar1@gmail.com

PENYAKIT ANEMIA


Herbalis Shamsuddin Hpa..
ANEMIA:
Penyakit ini disebabkan kurang keupayaan darah untuk membawa oksigen ke tisu-tisu di dalam darah boleh menyebabkan Anemia.
1.Jenis-Jenis Anemia.
  Kekurangan pengeluaran darah merah kerana disebabkan oleh kekurangan zat Ferum ,Vitamin B12 dan folate (folic acid) didalam badan.
2. Kemusnahan sel yang berlebihan akibat penyakit talasemia,G6PD ,rawatan kemoterapi untuk mencegah kanser.
3.Keperluan sel yang lebih.
  -Sel-sel darah yang hilang tidak diganti.
TANDA-TANDA SIMPTOM:
     *Cepat berasa letih dan kepucatan.
     *Kurang bermaya
     *Boleh menjejaskan fungsi Jantung (berdenyut lebih cepat)
RAWATAN MODEN /PENGESANAN
   Ujian paras Hemoglobin.   2. Gambaran darah (Full blood picture)
ARITMIA
Penyakit ini terjadi apabila terdapat gangguan elektrik pada degupan jantung.
*Degupan jantung terlalu kuat  dan laju melebihi 150 seminit tanpa sebab berkemungkinan mengalami gangguan fungsi elektrik jantung.
* Ia lebih ketara individu berbadan kurus kerana kedudukan jantung lebih rapat pada tulang dada.
*menyerang individu yang hidap “thyroxicosis” Dimana injap jantung bocor dan sesetengah jantung koronari.
*Sebenarnya ia adalah kuasa degupan jantung dirasakan kuat (Gemuruh) kerana ia menerima rangsangan dari luar untuk mengepam dengan lebih bertenaga.
 *Apabila seseorang berasa takut , terlalu gembira atau gementar , badan akan mengeluarkan hormon adrenative yang merangsang jantung.
TANDA-TANDA:
*Berdebar secara Tiba-tiba
*Nafas terasa sesak.
*Pening Kepala
*Badan kerap berpeluh
*Degupan jantung terlalu perlahan
 -Keadaan Dimana Nadi berdenyut dibawah 60perminit. Tanpa sebab rangsangan elektrik mungkin tidak sampai vertikel dengan sempurna.
– Ia kerap berlaku pada orang tua dan pesakit jantung koronari dimana salur urat jantung agak usang
– Darah tidak akan sampai ke otak dengan sempurna dimana pesakit lazimnya berasa pening atau pengsan.
-Ia juga dikenali sebagai ‘heart block’
TANDA-TANDA :
*Dada rasa bergoncang atau berdebar secara tiba-tiba tanpa sebab.
*Serangan berlaku beberapa minit,berjam-jam atau berhari-hari
*Serangan terhenti tiba-tiba
*Terasa seperti hendak kencing semasa serangan debaran dada.
*Kepala pening,Loya,dan skit dada semasa serangan
*Keletihan selepas serangan.
*Nadi Terasa terhenti.
*Pening dan pengsan yang berlaku berulang kali..
RAWATAN / PENGESANAN:
* X-ray Dada.
* ECG
*Elektro fisiologi.
(herbalis hpa Shamsuddin & Rosmini)
ARTEROSKLEROSIS:
PENYAKIT:
– Berlaku apabila ruang arteri menjadi sempit kerana penimbunan lemak pada dindingnya.
-Perjalanan darah ke organ lain tubuh akan menjadi tidak lancar.
JENIS-JENIS PENYAKIT
Proses arterosklerosis terjadi seiring mengikut usia seseorang.
Terjadi kesan dari penyakit lain seperti Darah tinggi , dan diabetes.
PUNCA FAKTOR :
*Pemakanan yang tidak mengikut cara pemakanan yang sihat
*Tiada aktiviti senaman.
TANDA-TANDA SIMPTOM
* Cepat Letih
* Anggota Tubuh Badan senantiasa Lemah.
KOMPILASI YANG BAKAL MENJANGKIT.
*Hypertension (darah tinggi)
*Strok.
*Jantung Tersumbat
*Lemah Jantung
*Buah Pinggang gagal berfungsi
*Sakit sendi-sendi anggota kaki
*Mata kabur dan rosak mata